Pages

Thursday 20 November 2014

Dugaan Part 1

Pabila ku melihat suasana di luar jendela ..
melihat si ayah membawa anak-anak pergi ke taman ..
hatiku tersentuh kerna masa diriku masih kanak-kanak
yang selalu bawa ku dan adik-adikku jenjalan ialah Papaku ..

Tiada siapa yang memberi anak-anak gembira selain ibu bapa kann ..
walaubagaimanapun, diriku sudah dewasa , ada Cinta Hati pun , masih memerlukan kasih sayang seorang ayah disisi ini .. yela , ketika dulu .. pabila tidur .. bangun pun agak lewat .. papaku selalu kejutkan diriku .. dan biasanya ketika balik kampung .. dia kejutkan aku lalu berkata "cingg,bangun cingg.. Atuk tengok cucu kesayangan atuk tak bangun lagi dah tengahari ni " .. dan sentiasa dia kata "kalau kucing mmg takut air , tula selalu mandi lewat dan bangun lewat , haish akak akak , dah dah pi mandi lepas tu sarapan , eh budak ni , tak reti nak bangun "

haa , hanya kenangan semua itu ..

kerana papa tidak bersama dengan kami lagi ..
papa da ada famili baru ..
wife baru ..
ada firdaus ..

maka, kami hanya hidup tanpa dirimu..
membesar tanpa dirimu ..
membuka buku tanpa dirimu juga ..

apapun , terima kasih segala-galanya ..
semoga permudahkan yang berlaku ini ..
sihatkan tubuh badan dirimu ..

w'salam

Friday 14 November 2014

kebahagiaan

semoga Allah memberi kebahagiaan di dunia dan di akhirat untuk keluargaku , sahabat-sahabat ku .. Diri ini hanya seorang hamba Allah yang hina da jahil tentang agama sendiri :'( .. kadang-kadang diri ini hanya tertaksub dengan nafsu syaitan .. gelombang dengan dosa .. InshaaAllah , diri ini akan membaiki secepat mungkin .. akhir zaman ni .. banyak dugaan dan malapetaka yang Allah turuni untuk menyedari umat-Nya .. Astaghfirullah al-azim :'( .. diri ini lalai dengan duniawi yang penuh dengan tipu helah manusia untuk merosakkan sesama sendiri .. Ya Allah , diri ini berharap belum terlambat kembali ke jalanMu .. Terima kasih , Cik Abang yang tidak jemu menasihati diri ini agar menjadi anak yang solehah dan taat kepada orang tuaku .. walaupun sejarah diri ini yang tidak lekang dengan dosa .. Cik abang pernah mengatakan sesuatu pada diriku ..

" Sejahat-jahatnya kita , Allah sentiasa mengampuni dosa kita yang lalu tetapi taat kepada-Nya , jangan pernah tinggalkan yang telah diperintahkan oleh-Nya"


"Biarkan masa silam berlalu , biarkan manusia yang membuka aib kita , biarkan mereka buat apa yang mereka suka sehingga puasnya hati mereka yang telah menghina kita dan mengfitnah kita TETAPI jauhkan lah diri kita daripada mereka sedemikian kerana Allah jaga aib kita di akhirat kelak dan satu lagi , golongan manusia ini yang suka membuka aib kita , menghina kita .. sukar dimaafkan kerana kemaafan itu terletak kepada manusia yang telah mereka hina itu "

MashaaAllah :') ..

Semoga kita dijauhkan daripada golongan tersebut .. Amin :)